TEMPAT-TEMPAT PELANCONGAN DI NEGERI SELANGOR
Negeri Selangor (juga dikenali sebagai Selangor Darul Ehsan) merupakan salah satu daripada tigabelas negeri yang membentuk Malaysia. Ia terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia di pantai baratdan mengelilingi Wilayah Persekutuan KualaLumpur dan Putrajaya.Negeri ini juga bersempadan dengan Negeri Perak di utara,Pahang di timur,Negeri Sembilan di selatan dan Selat Melaka di sebelah barat.Selangor ialah negeri dengan bilangan penduduk terbanyak di Malaysia. Selangor juga merupakan negeri termaju dan terkaya di Malaysia, berdasarkan Keluaran Dalam Negeri Kasar(KDNK) dan diisytiharkan sebagai negeri maju pada 27 Ogos 2005.
Kuala Selangor 


Merupakan sebuah daerah yang terletak di Barat Laut Negeri Selangor. Daerah ini disempadani oleh Daerah Klang di sebelah Selatan. Manakala Daerah Ulu Selangor menjadi sempadan di sebelah Timur dan sebelah barat ia di sempadani oleh Selat Melaka. Keluasan Daerah Kuala Selangor dianggarkan seluas 117,844 hektar. Kuala Selangor ini dianggap bumi bertuah kerana terdapat banyak tempat-tempat yang menarik dan bersejarah yang boleh dijadikan aset utama dalam aspek perlancongan di daerah ini. Di antara yang menjadi tumpuan utama pelancong ialah Bukit Malawati, Kelip-Kelip di Kampung Kuantan dan Taman Alam Kuala Selangor. Selain itu beberapa tempat lain telah dikenalpasti sebagai potensi untuk dibangunkan sebagai kawasan perlancongan seperti Pulau Angsa, Pantai Remis dan Sungai Selangor.
                                              
Litar Antarabangsa Sepang

Litar Antarabangsa Sepang merupakan litar sukan motor Malaysia yang terbaik dan mempunyai kemudahan terbesar dari jenisnya di dunia. Litar ini boleh menampung 130,000 penonton pada satu-satu masa.
                                            
Zoo Negara
Merupakan zoo kebangsaan pertama di Malaysia. Ia telah dibuka pada tahun 1963. Sampai sekarang, zoo negara dimiliki dan dikendalikan oleh Zoological Society Malaysia. Zoo Negara merupakan tarikan yang menarik untuk dilihat oleh pengunjung
                            
Paya Indah Wetlands


Merupakan taman eko-pelancongan seluas sekitar 3.100 hektar yang terletak di Kuala Langat. Tempat ini menggabungkan teknologi pertanian moden bagi mencipta suatu ekosistem yang seimbang.

                  
Mines Wonderland


Sebuah taman yang menarik dengan tema Musical Fountain, Rumah Salju, trem, dan pelbagai jenis permainan . Pada malam hari gemerlapan anda boleh merasai susasa yang menakjubkan dengan persembahan multimedia dan cahaya laser.


                                       
Batu Caves


Terletak 15 km sebelah utara Kuala Lumpur. Sebuah tarikan pelancongan yang popular, terutama ketika festival Hindu – Thaipusam, yang jatuh pada akhir Mac setiap tahun. Kuil Hindu terletak di Gua Utama yang mempunyai 272 anak tangga.

                                                     
Sunway Lagoon


Sunway Lagoon merupakan taman tema air pertama air bakuyang terdapat di Malaysia. Banyak sukan dan permainan yang berasaskan air terdapat di sana. Anda juga boleh membeli belah dan menginap di hotel.
                                               
Pulau Ketam


Pulau ini merupakan kampung nelayan yang menarik pengunjung dengan suasana desa yang unik. Anda boleh manaiki bot, menginap di homestay, memancing dan melihat burung.

                                  
Istana Alam Shah


Istana Alam Sah merupakan istanarasmi Sultan Selangor. Di istana inilahtempat baginda menjalankan tugas-tugasrasmi sebagai Sultan dan adat istiadat yangmelibatkan di Raja Selangor dilangsungkan.Istana ini terletak di bandardirajaKlang,Selangoriaitu di bahagian Klang Selatan.



                           
Bukit Cahaya Seri Alam


Bukit Cahaya Seri Alam atau Taman Pertanian Bukit Cahaya terletak dalam negeri Selangor Malaysia. Ia dibuka pada 1986 dengan tujuan utama untuk mampamerkan kemajuan bidang pertanian dan perhutanan di Malaysia. Kecantikan dan keunikan taman ini telah mendorong kementerian untuk membuka taman ini kepada orang awam. Antara kemudahan yang disediakan ialah perkhidmatan bas, basikal sewa, kereta kuda, jungle trekking, kedai makan, kawasan perkhemahan dan chalet. Ia dibuka dari hari Selasa hingga Ahad dan setiap hari cuti umum dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang




                                     
The Woods Ulu Yam


The Woods terletak di Ulu Yam Perdana melalui Jalan Ulu Yam-Sg. Tua. Jaraknya dari Kuala Lumpur sekitar 30 minit perjalanan. The Woods merupakan salah satu daya tarikan pelancong dan kunjungan orang ramai pada hari cuti dan hujung minggu khasnya mereka yang ingin mengadakan program motivasi, hari keluarga, "team-building" dan sebagainya. Dari Kuala Lumpur, pengunjung perlu menghala ke Jalan Kuching, Batu Caves dan terus ke Ulu Yam melalui Empangan Batu. Jarak dari Empangan Batu ke The Woods hanya lebih kurang 12 km. Tarikan The Woods merupakan tempat untuk bersantai dan istirehat yang sesuai sambil menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan. Terdapat chalet, bilik urusetia dan kemudahan asas yang lain. Bagi pengunjung yang gemar akan perkhemahan, pengunjung boleh berbuat demikian di sini. Sungai yang cantik dengan airnya yang bersih dari kaki bukit melegakan badan dan menyamankan fikiran. Sekiranya pengunjung gemar memancing seperti ikan tengas, sebarau, seluang dan kelah, tidak salahnya pengunjung turut mencuba tempat ini.