TEMPAT-TEMPAT PELANCONGAN DI NEGERI SELANGOR
The Woods Ulu Yam


The Woods terletak di Ulu Yam Perdana melalui Jalan Ulu Yam-Sg. Tua. Jaraknya dari Kuala Lumpur sekitar 30 minit perjalanan. The Woods merupakan salah satu daya tarikan pelancong dan kunjungan orang ramai pada hari cuti dan hujung minggu khasnya mereka yang ingin mengadakan program motivasi, hari keluarga, "team-building" dan sebagainya. Dari Kuala Lumpur, pengunjung perlu menghala ke Jalan Kuching, Batu Caves dan terus ke Ulu Yam melalui Empangan Batu. Jarak dari Empangan Batu ke The Woods hanya lebih kurang 12 km. Tarikan The Woods merupakan tempat untuk bersantai dan istirehat yang sesuai sambil menikmati keindahan alam ciptaan Tuhan. Terdapat chalet, bilik urusetia dan kemudahan asas yang lain. Bagi pengunjung yang gemar akan perkhemahan, pengunjung boleh berbuat demikian di sini. Sungai yang cantik dengan airnya yang bersih dari kaki bukit melegakan badan dan menyamankan fikiran. Sekiranya pengunjung gemar memancing seperti ikan tengas, sebarau, seluang dan kelah, tidak salahnya pengunjung turut mencuba tempat ini.